Ayah dan Ibu

Daisypath Anniversary tickers

Muhammad Ammar Rayyan

Lilypie Third Birthday tickers

Muhammad Amsyar Rayyan

Lilypie Second Birthday tickers

Baby

Lilypie Pregnancy tickers

Wednesday, June 26, 2013

Jumaat Yang Penuh Debaran

Bismillah

Hari ni 28/6/2013 - Jumaat, hari yang sungguh panjang bagi ayah dan ibu. Subuh tadi, ibu mengalami pendarahan. Both of us berdebar-debar. Ayah risau kalau-kalau jadi sesuatu yang tak diingini kat anak ayah ni.

Alhamdulillah, lepas ayah bawak ibu pergi klinik, Dr. sahkan anak ayah sihat. Cuma Dr. pesan kat ibu jangan banyak bergerak, limit her activities, get lot of rest. And Dr. bagi kat ibu ubat untuk kuatkan rahim.

Sepanjang hari ayah berdoa agar Allah selamatkan ibu dan anak ayah dalam kandungannya. Ayah nak anak ayah sihat dalam perut ibu, dan selamat bila dilahirkan nanti. Amin

Anak ayah mesti duduk baik2 dalam perut ibu tau ... tak sabar ayah nak jumpa anak ayah ni ... till next time, ayah update lagi insya Allah .

with love - ayah

Sunday, June 23, 2013

8 weeks

Bismillah



Alhamdulillah... this is you, in your mother's tummy, 2 months old.  First time masa ibu passed gambar ni kat ayah, ayah excited sangat. Syukur ayah panjatkan pada Allah.

Dr. cakap anak ayah sihat dlm perut ibu, semuanya OK. Alhamdulillah. Cuma ibu masih lagi dalam trimester pertama. Still in her sensitive period. Dr suruh banyak bersabar as everything is normal.

Dr tak bagi ubat kat ibu. baru trimester pertama Dr cakap, so just rely on Folic Acid and banyakkan rehat and bersabar. Ibu masih lagi susah nak tidur malam, tapi sejak semalam (masa ayah tulis posting ni) keadaan ibu dah bertambah ok, alhamdulillah, sebelum ni muka ibu pucat sangat, tapi dah beransur pulih seperti sedia kala dah. Syukur.

Ayah sentiasa panjatkan doa pada Allah agar anak ayah selamat dalam perut ibu, agar ibu selamat melahirkan anak ayah ni nanti .... insya Allah

later ayah update lagi ok :)

Thursday, June 13, 2013

Ayah dan Janggut

Bismillah

Macam lawak plak tajuk dia hari ni. Tapi ayah nak tulis jugak. Ayah tengah cuba-cuba nak simpan goatee. Memang sebelum ni tak pernah simpan goatee lebih dari 3 hari. Ayah memang tak pandai trim and jaga. bila nak simpan rasa gatal sangat kat dagu ni.

Tapi ibu suruh ayah simpan goatee, so i'll look matured as I am, more handsome tho, hehehehe.... kalo tak orang akan nampak ayah ni macam kanak-kanak sekolah.. :p

Today is your 46th days in your mother's womb. Ayah sentiasa panjatkan doa pada Allah, agar zuriat ayah ni membesar dengan sihat dan selamat dilahirkan. Tak sabar nak tengok anak ayah ni :)

Monday, June 10, 2013

Hari Yang Bz

Bismillah

Hari ni ayah busy sangat nak kena settle kan urusan pondok tahfiz seliaan ayah ni. Masa tengah nak balik rumah, ibu sms kat ayah yang dia sakit. Ayah risau sangat kat ibu dan anak ayah ni. Cepat-cepat ayah balik so ayah boleh jenguk ibu.

Ayah risau bila tengok ibu terbaring je. Lemah tak bermaya. Tapi ibu cakap kat ayah ibu dah ok sikit. Tapi ayah tau ibu tak ok sangat. Ayah doa kat Allah mintak semuanya selamat.

Banyak benda ayah nak cerita, tapi ayah rasa ayah perlu hold dulu buat masa ni ... later ayah tulis lagi panjang--panjang skit... Salam sayang dari ayah.

Sunday, June 9, 2013

6 Weeks

Bismillah

Alhamdulillah... dah masuk minggu ke-6 anak ayah dalam perut ibu. Ayah doakan semuanya selamat. Ibu masih lagi dalam tempoh sensitif. Malam-malam masih lagi susah ibu nak lelapkan mata, tapi alhamdulillah malam tadi tak lah seteruk malam sebelumnya.

Masih tersisa 238 hari mengikut perkiraan kami sebelum anak ayah ni keluar dari perut ibu. Tak sabar nak bersua muka dengan bakal permata hati ayah dan ibu ni. Moga Allah permudahkan segala-galanya dengan selamat. Amin.

So far, this is how do you looks inside your mother's womb.

Till next time, nanti ayah update lagi ... x tau nak cerita pasal ape hihihi ... mmmmuahhhhh


Saturday, June 8, 2013

40 Days ...

Bismillah

I don't know what word I should use for this entry's title. So I just put it 40 Days, alhamdulillah yesterday is your 40th days in you mother's womb. Praise to Allah, all is going very well.

Bila dah masuk 40 hari, fasa pertama kejadian manusia dalam bentuk janin dah selesai, alhamdulillah. Cuma ayah sangat kasihankan ibu, tiap-tiap malam tak dapat tidur. Bila dah nak tidur terganggu pulak dengan bunyi bising ayam dan burung. Ayah harap sangat dapat bantu ibu dalam waktu-waktu sensitive ni. Trimester pertama ni memang waktu yang agak getir bagi ibu. Ayah hanya mampu berdoa mohon Allah pelihara semuanya, and redakan alahan ibu yang tak boleh tidur malam tu.

Anak ayah jangan nakal-nakal dalam perut ibu yer ... ayah doakan anak ayah dan ibu selamat bawah peliharaan Allah s.w.t.

I'll write more soon, insya Allah. Salam sayang dari ayah

Wednesday, June 5, 2013

38 Days

Bismillah

Today is your 38th days in your mother's womb. Your size is just 1/4 inch, but I believe you are growing bigger and bigger. Insya Allah lagi dua hari nak masuk hari ke 40, bila dah 40 hari, lengkaplah fasa pertama kejadian janin menurut Islam, sebagaimana Nabi bersabda: 

“Rasulullah saw telah menceritakan kepada kami –sedang Baginda adalah orang benar yang telah dibenarkan kata-katanya- sabdanya: “Bahawa seseorang kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari ..... (hadis ni panjang lagi, ayah tulis sikit jer dulu .. dah masuk stage seterusnya nanti ayah sambung lagi ..) Hadis riwayat Imam al-Bukhari.

Ayah percaya anak ayah ni sedang membesar dalam perut ibu. Ayah cakap macam tu sebab ibu rasa sakit-sakit kat perut dia. Dah banyak malam ibu tak dapat tidur lena sebab anak ayah ni tengah membesar. Kesian ibu sakit-sakit. Tapi ibu seorang wanita yang tabah. Demi anak dia sanggup tahan sakit-sakit tu. Yang penting anaknya sihat dalam perutnya. Harap-harap lepas ni ibu tak rasa sakit sangat lagi. Anak ayah mesti membesar dengan sihat dan baik-baik tau dalam perut ibu. Jangan nakal-nakal.

Malam tadi sakit ibu menjadi-jadi, kami berdua risau jugak bimbangkan anak kami dalam rahim ibu. Ayah hanya boleh pesan kat ibu, baca selawat banyak-banyak. Dalam masa yang sama ayah sendiri berdoa agar Allah jaga isteri ayah and bakal anak ayah ni baik-baik, tak lupa ayah selawat jugak banyak-banyak mohon semuanya selamat. Amin

Ayah rasa nak stop kat sini, by the way I felt this blog is lil bit boring, maklumlah blog baru, so tak nak bagi boring sangat ayah tempek gambar sikit. Roughly this is you in you mother's womb. (of course it's not really you) .. tapi secara gambarannya ini la gambarnya.

Till next time, ayah doakan anak ayah membesar dengan sihat dalam rahim ibu. Salam sayang dari ayah.



Tuesday, June 4, 2013

Surat Dari Ayah: Salam Kasih Sayang

Bismillah

So, this is it, I've created this blog special for you, my future kids. Inspired by your aunt's blog My Lil Journey which is dedicated to your future cousin.

Masa ayah tulis post ni, bakal anak ayah ni masih lagi dalam rahim ibu (or mak, ayah tak tau nanti isteri kesayangan ayah tu nak decide panggil apa... hihihihi) .

Masa ni masih lagi dalam trimester pertama kehamilan, baru masuk minggu ke-5, hari yang ke dua. Belum lagi melepasi 40 hari pertama peringkat kejadian manusia. Namun jantung sudah mula terbentuk dan berdenyut (menurut kajian sains)

Ayah doakan anak ayah ni membesar dengan sihat dan baik dalam perut ibu. Jangan nakal-nakal tau. Ayah nak anak ayah ni nanti bakal jadi anak yang soleh. Amin

Till next time, nanti ayah update lagi.