Ayah dan Ibu

Daisypath Anniversary tickers

Muhammad Ammar Rayyan

Lilypie Third Birthday tickers

Muhammad Amsyar Rayyan

Lilypie Second Birthday tickers

Baby

Lilypie Pregnancy tickers

Sunday, May 18, 2014

4 Bulan

Bismillah

Muhammad Ammar Rayyan - 4 months
Alhamdulillah ... 17 May 2014, Ammar dah masuk 4 bulan. dah macam-macam Ammar pandai, pandai menegur, pandai gelak macam-macam lagi lah

This post ayah nak dedicate khas untuk Ammar and ibu. Ayah nak ucap terima kasih sangat-sangat kat ibu ngan Ammar sebab jadi semangat untuk ayah. Semenjak dua ni semangat kerja ayah drops. Bila masuk office jer rasa down sangat. Serabut. Fed up. 

Tapi bila balik rumah, tengok ibu, tengok Ammar, semua jadi tenang semula. Macam ada magic jer. Ilang semua serabut kepala kat ofis tu. Terima kasih sangat-sangat sebab hadir dalam hidup ayah. Syukur pada Allah sebab kurniakan ayah rahmat yang sangat besar ni.

Ok. tepek gambar pulak ... sepanjang usia Ammar 3 bulan ... aktiviti selfie kita bertiga :-)

3 May 2014 - Kenduri Kawin di Chendering

5 May 2014

10 May 2014

14 May 2014

15 May 2014

   
17 May 2014 - Time Ammar dah masuk 4 bulan, otw pegi kenduri kawin 
Tak sabar nak tengok Ammar pandai berjalan ... pandai bercakap ... pandai sampai jadi pensyarah .. hehehe .. nanti membesar dengan sihat yer. berbakti pada kami berdua .. and picture last untuk posting ni :)

Bila baringkan Ammar terlentang macam ni, suka sangat makan kaki ...
Orang tua-tua cakap kalau anak suka hisap kaki macam ni, tu tandanya Ammar nak adik. hahaha mengarut jer semua tu tak boleh percaya, tahyul. Rezeki tu Allah yang bagi, kalau betul dah nak dapat adik, alhamdulillah kami bersyukur. Kalau tak ada rezeki lagi kami redha. Apa-apa pun yang penting Ammar jadi anak kami yang soleh dan taat pada Allah

Ok dah panjang sangat dah ... nanti ayah update lagi

Love

Ayah

Tuesday, May 6, 2014

Permata Hati Part ii

Bismillah

First of all, ayah mintak maaf kalau posting ni emo sikit ...

Just nak share sikit je. About yesterday (4/5/2014) . Ayah sakit lagi. It's my usual asthma attack. Tapi agak moderate. Dalam pukul 3.30 pagi ayah tersedak, terus batuk-batuk teruk and dapat asthma attack ni. Ibu terus call tokki and tok mama. Lepas tu mereka bawak ayah pergi hospital.

Dapat treatment kat hospital, ayah kena admit dalam ward. 


I am lucky enough sebab tak perlu masuk wad lama-lama. By noon dah discharge and dah balik rumah. Alhamdulillah. Masa kat wad pun ayah dah rasa sihat sikit. Bila Dr cek, semuanya ok, then dia bagi ayah balik.


Balik rumah terus bermanja dengan permata hati ayah ni. and of course dengan ibu jugak, cume tak derlah nak selfie bagai hehehe ... 


Sehari sebelum ayah sakit. This is our happy family, attend kenduri kahwin dekat Chendering. Kita memang tak akan jangka, seceria ini, malamnya terus kena serangan asthma. So this is the emo part.

Ayah nak pesan.

Sebab kita tak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan, jadi sentiasa kena bersedia untuk sebarang kemungkinan. So nanti, bila tiba waktu itu, andai ayah tak ada lagi, Ammar mesti ingat pesan ayah ni baik-baik, jadi anak yang soleh, sentiasa berbakti pada ibu, jangan sakiti hati ibu, sentiasa tolong ibu, jadi imam untuk ibu, dan yang paling penting sentiasa doakan untuk ayah dan ibu. Jangan pernah lupa untuk doakan kami.

Ok dah. tak nak emo-emo lagi.

Nanti ayah update lagi ye sayang. 

Love.

Ayah

Thursday, May 1, 2014

Permata Hati

Bismillah


Mula-mula ayah nak ucapkan syukur sangat kat Allah s.w.t. sebab anugerahkan ayah dua permata hati yang sangat berharga dalam hidup ayah. Ibu dan Ammar. Kekuatan ayah, semangat ayah. Syukur dengan setiap anugerah yang Allah berikan pada ayah. 

Ok. habis intro jiwang hehehe


Hari ni 1/5/2014 ... Ammar dah berusia 105 hari. Or 3 Bulan 15 hari .... First time ayah dan ibu bawak Ammar lepak-lepak tepi pantai. Tapi kami lepak kejap jer .. snap pics, lepas tu balik sebab ibu puasa, takut rushing pulak bila nak berbuka maghrib nanti. Lagipun Ammar kecik lagi nak lepak lama-lama kat pantai.

Masuk dalam kereta terus Ammar merengek minta susu dari ibu. Dah minum tak sampai 5 minit terus tertidur sampai la balik rumah.

Nanti dah besar sikit lagi kami bawak Ammar lepak-lepak tepi pantai lagi yer. Ok later ayah update lagi. Mmmmuahhhhhh.

Love

Ayah