Ayah dan Ibu

Daisypath Anniversary tickers

Muhammad Ammar Rayyan

Lilypie Third Birthday tickers

Muhammad Amsyar Rayyan

Lilypie Second Birthday tickers

Baby

Lilypie Pregnancy tickers

Wednesday, July 23, 2014

Cucuk Lagi ...

Bismillah

23 July 2014

Hari ni monthly pegi cek abang Ammar and cek adik sekali dalam perut ibu. Alhamdulillah semuanya ok. And abang Ammar kena cucuk for his hepatitis B immunisation. So proud of him, nangis la kejap sebab kena cucuk tu. Tapi tak der lah mengamuk sakan, sekali pujuk jer terus diam. Hero betul anak ayah ni.

As for adik, alhamdulillah semuanya ok. Cuma nurse tersalah kira about your due date, sebab ibu tersalah cakap dia punya menstrual date ... tak per lah, nanti boleh je betulkan semula kat buku pink tu. Next month after hari raya kena pergi cek lagi, both abang Ammar and adik dalam perut ibu.

Adik duduk baik-baik dalam perut ibu. Nanti membesar dengan sihat, boleh kawan and main ngan abang Ammar. Paling penting, jadi zuriat kami yang soleh.

Later ayah update lagi ...

Love

Ayah

Thursday, July 17, 2014

Abang Ammar: 6 Months

Bismillah

17 July 2014, alhamdulillah abang Ammar dah masuk 6 bulan. Masih lagi pandai pusing badan ... tapi tak pandai nak pusing balik. Banyak berleter ... pandai menyanyi dan mengaji sikit-sikit (ayah assume sendiri suara abang Ammar yang merdu tu)

Abang Ammar dengan Kak Aliya and Kak Ayuni
Next 23 July ayah akan hantar ibu and abang Ammar untuk check up dekat klinik desa, check abang, and check adik dalam perut ibu.

Adik dah more than 8 weeks. Perut ibu dah nampak besar sikit ... maybe kami silap kira bila exact date adik ada dalam perut ibu. Nanti masa cek 23 haribulan nanti ayah update bila tarikh due date adik ikut perkiraan nurse.

later ayah update lagi, insya Allah. As usual ayah nak pesan, jadi zuriat-zuriat kami yang soleh, penyejuk mata, pendamai hati, doakan kami bila kami di dunia dan akhirat nanti.

ps: selit sikit kat sini: sepupu baru abang Ammar and adik namanya Khalil Imran. 

Love

Ayah

Saturday, July 12, 2014

Adik and Abang Ammar part (i)

Bismillah

Let's ayah cerita pasal adik dulu... maybe posting ni panjang sikit kot. Last Friday, (11 July 2014) we went to Giant Hypermarket. Ibu nak beli barang sikit untuk buat kuih berbuka puasa di surau belah petang.

Sampai sana, tak sempat nak beli barang apa pun, ibu told ayah that she want to go to the toilet. Sambil tu ayah pusing-pusing dalam Giant tu ngan Abang Ammar. Then lepas dah siap ibu pergi toilet, she told me yang ada darah keluar.. cepat-cepat ayah beli barang, then terus balik rumah.

Kat rumah, ibu sakit-sakit, penat, letih semua ada, ayah suruh ibu buka puasa, since masa tu awal pagi lagi, ayah buatkan milo and bagi ibu berbuka dengan kurma... sepanjang hari ibu rehat je.

Lepas solat maghrib, ayah bawa ibu pergi klinik. And alhamdulillah Dr cakap ibu is fine, adik dalam kandungan ibu pun ok. Cuma Dr cakap still in early stage untuk baby tu developed betul-betul dalam perut ibu. Syukur pada Allah sebab ibu and adik dalam kandungan selamat. Alhamdulillah.

adik, inside ibu's womb ... early stage, baru 7 minggu plus ...
So, here's the scan image. Tak nampak sangat lagi sebab masih awal. Tapi alhamdulillah, Dr cakap semuanya ok, masa ibu mengandungkan Abang Ammar dulu pun ada bleeding, here is the story (click)

Ayah doakan adik agar sentiasa membesar dengan selamat, nanti keluar dari perut ibu juga dengan selamat. insya Allah. Amin.

Ok, masuk bab Abang Ammar pulak.

comot....

makan-makan...


From now on, Abang Ammar dah start makan makanan pejal. Untuk permulaan ni, ibu bagi Abang Ammar makan bubur beras yang dah dihancurkan. Gigi abang tak tumbuh lagi, so kalau makan benda pejal pun mesti yang hancur-hancur macam ni. Abang Ammar memang dah kena belajar makan slow-slow. Nanti nak kena share susu ibu dengan adik, so better belajar makan dari sekarang. Lagipun Abang Ammar dah masuk 6 bulan, dah besar.

Ayah doakan both Abang Ammar and adik membesar dengan sihat, pesan ayah untuk adik, duduk baik-baik dalam perut ibu, membesar dengan sihat, both of you jadi zuriat kami yang soleh. Amin.

Till then, with love

Ayah

Monday, July 7, 2014

Sepupu Baru

Bismillah


Ni sepupu baru Ammar, from ayah's side, anak mak long. Her second sons, adik abang Zidane. Lahir hari ni (7/7/2014) cantik tarikh lahir dia. Masa buat posting ni, tak ada nama lagi. Later ayah update lagi and tulis nama dia. Hope nanti dia pun jadi zuriat yang soleh untuk mak long and pak long. Amin

It's still early ayah nak update ape-ape about adik Ammar. Lagipun ayah belum hantar ibu ke klinik untuk cek. Nanti ayah update lagi ye sayang.

Love,

Ayah

Friday, July 4, 2014

Rezeki Ramadan

Bismillah

Ammar : Posting yang lepas-lepas ada ayah tulis pasal 'hisap kaki' ni (click)
Ingat lagi tak gambar yang ayah post tu? and the caption goes like this "orang tua-tua cakap kalau anak hisap kaki macam ni, tu tandanya Ammar nak adik...." semua tu karut marut orang tua. Rezeki tu Allah yang kurnikan pada kita. Tapi alhamdulillah, kebetulannya sama sebagaimana Allah yang tentukan.

Insya Allah, soon Ammar akan jadi abang. Alhamdulillah


Ujian kehamilan ibu. Dua jalur tu tanda ibu dah positive mengandung. later ayah akan bawak ibu pergi medical check up dekat Klinik Desa Paloh. Insya Allah hari Isnin ni. Ayah dah inform kat Tok Mama and Tokki, both of them congratulates us. Ibu pun dah inform kat Atok ngan Nenek. Semua orang gembira. Nanti keluarga kita akan bertambah, insya Allah. Paling penting, Ammar akan ada adik.


From now on, Ammar kena belajar berdikari sikit-sikit, 9 bulan akan datang Ibu akan hadapi macam-macam perubahan dalam diri, paling penting ibu akan besarkan adik Ammar dalam perutnya, di samping ibu besarkan Ammar macam biasa. Insya Allah ayah akan sentiasa di sisi ibu dan Ammar.

Ayah syukur dengan kurniaan Allah pada keluarga kita ni. Both of you, nanti jadilah zuriat-zuriat kami yang soleh, penyejuk mata kami, pendamai jiwa kami.

Pesan untuk adik: duduk baik-baik dlm perut ibu, membesar dengan baik, nanti keluar dari perut ibu dengan sihat. insya Allah

Till then, nanti ayah update lagi

Love

Ayah