Ayah dan Ibu

Daisypath Anniversary tickers

Muhammad Ammar Rayyan

Lilypie Third Birthday tickers

Muhammad Amsyar Rayyan

Lilypie Second Birthday tickers

Baby

Lilypie Pregnancy tickers

Monday, October 26, 2015

Update on My Kids (Pt. 2)

Bismillah

By the time ayah tulis posting ni, ayah curi-curi masa sambil ayah buat kerja kat ofis .. just want to share lil bit progress tumbesaran anak-anak ayah.

Abang Ammar: 1 tahun 9 bulan ...

dah kletah bercakap, suka bercakap ... and kami sangat bersyukur sebab abang sangat pandai ajuk zikir-zikir dalam tv al-hijrah and astro oasis. paling best abang boleh ajuk surah al-fatihah and surah al-ikhlas. alhamdulillah.

ayah and ibu selalu cuba curi-curi nak rekod setiap patah zikir and surah yang dibaca abang, tapi tiap kali nak rekod tu lah abang diam or buat-buat layan benda lain ... haish!

Adik Amsyar: 8 bulan

Adik dah pandai pusingkan badan untuk meniarap ... boleh sebut paaaa paaaaa paaaa .... baaaa baaaa baaaa .. agak banyak mulut berceloteh macam abang ... and paling power mengamuk .. kesian ibu kelam kelibut kalau adik jerit .. hihihi


Ayah upload surah al-fatihah, surah yang abang suka baca dan ulang ... nanti adik pun harapnya cepat-cepat pandai cakap dan baca macam abang. amin ...

Insya Allah, next time ayah post lagi ... ada 2-3 back dated story lagi ayah nak tuliskan .. jadi zuriat kami yang soleh ye.

Love

Ayah

Sunday, September 6, 2015

Back On Track

Salam ...



It's has been ages since ayah tak post apa-apa kat blog ni ... banyak cerita yang ayah nak kongsikan, dah about 6 bulan ayah tak update, nampaknya ayah terpaksa buat back dated story, or ayah buat update point by point, bergantung pada kesesuaian ...

This is the first post after all of us pindah from Kuala Bekah, to Bukit Payong. Yes. We've moved. About 2 months after adik's birth, ayah berhenti kerja from Maahad Tahfiz Ar-Rahmah, now ayah dah free lance mengajar kat mana-mana and tak terikat ngan siapa-siapa .. and ayah tolong tok ki sikit-sikit dalam company connstrustion dia. 

InsyaAllah, lepas ni ayah akan update one by one, cerita cukur jambul adik, etc ... just for now on, nak naikkan semangat posting jer .. :D

And macam biasa, dalam setiap posting, sentiasa ayah titipkan doa, agar anak-anak ayah menjadi zuriat yang soleh, membantu ayah dan ibu, berguna pada agama, berjasa pada masyarakat ... amin ..

till next time, nanti ayah update lagi ...




Saturday, August 1, 2015

Pindah Rumah ...

Bismillah ...

This is post dated posting .. ayah tulis cerita ni on 10.5.2016 ... tapi kita dah pindah rumah since selepas aidil fitri 2015 .. almost setahun dah .. tapi nak buat macam mana, dah terlalu busy dengan banyak tugasan ..

But Alhamdulillah, everything went smoothly ..

Our House
Rumah yang kita pindah ni, for the time being kita menyewa ... harap-harap lepas ni tuan rumah jual je rumah ni kat kita .. hehehe .. amin..

We are starting a new chapter .. moga dengan perpindahan ni, bawak lebih banyak kebaikan dan rezeki pada keluarga kita insyaAllah. 

As, ayah dah tak lagi mengajar di madrasah (my former work place) ... pindah kat sini sebab ayah dah start free lance mengajar .. kita buka kelas mengaji kat sini, and dekat dengan Masjid Bukit Payong tempat ayah mengajar kuliah mingguan .. and tempat ayah mengajar pun dah bertambah banyak, alhamdulillah.

Later ayah sambung lagi ...

With Love

Ayah

Thursday, June 4, 2015

Balik Kampung Nenek

Bismillah ...

This is another back dated story ..

First of all, before ayah start cerita tentang adik amsyar's first trip ke Kuala Selangor, let me update a bit of my carrier.

Start from April, ayah dah quit from Maahad Tahfiz Ar-Rahmah. 2 tahun setengah ayah berkhidmat, and it's the time ayah perlu move on, ayah still mengajar, and alhamdulillah rezeki daripada mengajar tak pernah putus. And my passion untuk mengajar tak pernah terpadam. Selagi ada kudrat dan keizinan daripada Allah, ayah akan terus mengajar, moga ia jadi amal yang soleh dan saham seluruh ahli keluarga kita di akhirat kelak. Amin.

Ok.

Now parts yang ayah nak cerita tentang amsyar's first journey

We went to Kuala Selangor .. sebab apa pun ayah tak ingat sangat, maybe sebab dah abis pantang adik, or saja kita nak ziarah sebab dah lama kita tak balik kampung.

So this is the first time adik jumpe cousins kat Selangor, (Insyirah and Uwais) ... last time masa cukur jambul dah jumpe Fateh, sebab dia datang masa majlis tu.

Tempek Gambar Sikit ...

Sleeping ... Amsyar: 3 bulan 2 hari on this date ...
Tesco Kuala Selangor: Abang Ammar; Setahun 4 Bulan
Abang Ammar time ni dah berlari ... dah bercakap tapi belum keletah lagi (as I write this post, umur abang dah setahun sembilan bulan) paling fasih sebut ayah dan ibu, slow-slow dah bole sebut tok mama, tokki, atok and nenek :)





makan-makan kat kota damansara ... so sad, atok tak ikut sama .. kita spent about 1 week kat kuala selangor, before bertolak balik ke terengganu .. nanti ayah sambung lagi cerita .. insyaAllah.

jadi zuriat kami yang soleh ye!

Love

Ayah

Friday, March 20, 2015

Muhammad Amsyar Rayyan: Cukur Jambul & Tahnik

Bismillah ...



Majlis Cukur jambul Amsyar kami adakan pada 20 Mac 2015 ... alhamdulillah selesai satu sunnah menyambut kelahiran ... syukur sangat-sangat, sebab atuk, nenek and famili ayah azri and ummi qis pun hadir majlis ni, walaupun dorang jauh from Selangor ..

and syukur jugak, sebab adik Amsyar ditahnik oleh Ustaz Haji Hafas Ali Al-Hafiz, one of my colleagues, orang alim Quran, qari negeri dan kebangsaan, moga tempias alim beliau jatuh pada anak-anak ayah. Amin

Kat bawah ni ayah tempek sikit snapshot gambar-gambar masa majlis tu ...











mmmmmm .... later ayah update lagi

Love

Ayah

Wednesday, March 4, 2015

Muhammad Amsyar Rayyan

Bismillah



This is a back dated posting ... setelah berbulan-bulan ayah tertangguh nak cerita pasal ni. It's about adik, on the seventh day, kami dah letak nama untuk adik, Muhammad Amsyar Rayyan.
  • Muhammad: kami pilih sebagai mengambil barakah nama Nabi kita, Muhammad s.a.w. maksudnya yang terpuji
  • Amsyar bermaksud yang cergas. 
  • Rayyan: Kepuasan, nama salah satu pintu syurga (sama macam nama abang Ammar)
Moga sentiasa menjadi zuriat-zuriat kami yang soleh.

Later ayah tambah lagi post yang baru ...

Till then, with love

Ayah

Thursday, February 26, 2015

Pengorbanan Ibu: Birth's Story

Bismillah

Ayah tak tahu kat mana nak start posting ni ... it's about Abang Amma'rs little brother birth story. jeng jeng jeng ...

Ammar dah officially jadi abang. Alhamdulillah. Let's me start with the chronology.

Saturday - 21 February 2015

Adik kurang aktif dalam perut ibu, sebelah pagi kami pergi buat check up dekat Klinik Dr Maimon, then she wrote a referral letter supaya ibu pergi check di hospital. Kita pergi hospital belah malam, after maghrib. Sampai kat sana, after dah buat ctg etc, ibu kena admit dalam ward. Masa tu usia adik dah 39 minggu.

Then, mulalah ayah jadi Mr. Mama. Tok mama pergi KL hantar che su balik hostel, tinggal kita je skeluarga with che da. Ayah uruskan pasal pendaftaran ward, then kita balik ambil Tok Manir untuk temankan kita tidur kat umah tok mama.

Sunday - Tuesday: 22 - 24 February 2015

I'm really a Mr Mama. Tok Mama balik from KL on Monday, ayah amik cuti. Nasib baik Tok Manir ade sama, but she's not really helps as Abang Ammar tak nak duduk ngan Tok Manir langsung.

I do survived the first night without ibu. Sebab abang Ammar selalu tidur menepek kat tangan ibu. especially sejak akhir-akhir kehamilan ibu, makin menjadi jadi manja abang Ammar bila time tidur. Siangnyer pergi visit ibu di hospital. Complex hospital baru untuk ibu-ibu bersalin, lebih selesa and convenient.

Monday - hari tok mama balik terengganu, and nenek pun datang sama. I'm happy. At least ada tok mama and nenek tolong ayah tengok-tengokkan abang Ammar. but ayah still cuti on Monday. Hari ni agak thrill sebab abang Ammar dah mula rindu ibu. The first two nights ayah survived, tapi start isnin malam, abang Ammar dah mula cari ibu bila tidur. The end, abang Ammar tidur jer atas dukung ayah sampai ker pagi ...

macam ni lah abang nak tidur .. sampai pagi tidur atas bahu ayah, sebab rindukan ibu
dah lah bangun awal-awal subuh, lepas tu mata terus segar .. bahu ayah macam dah nak patah jer dukung abang yang berat mcm sekampit beras .. huhu
Tuesday - Ibu masih dalam ward, belum ada tanda-tanda adik nak keluar, and progress kat rumah macam biasa, abang Ammar still nak menepek kat ayah, walaupun dah ada nenek and tok mama.

Wednesday: 25 February 2015

It's seems a long day for all of us, as doctor said adik should come out today. Ibu called ayah and told me yang doctor nak tolak ibu ke labour room hari ni. Ayah and nenek went to the hospital, by noon, lebih kurang pukul 12.30 dorang tolak ibu ke labour room...

Ayah and nenek tunggu kat luar, nasib baik hospital baru ni ruang menunggu dia selesa and air-conditioned. cuma, tempoh menunggu sangat lama, sampai lah dekat-dekat nak habis waktu melawat maghrib, nurse belum panggil ayah untuk temankan ibu kat dalam labour room. but finally dalam pukul 6.30 ptg barulah ayah dipanggil masuk.

lepas maghrib ayah mintak tolong che da amik nenek balik, sebab dah lama sangat nenek tunggu kat luar, kesian kat nenek.

dalam labour room, ayah temankan ibu. Doctor dah set epidural untuk ibu, dengan harapan agar sakit ibu berkurang. Sejam lebih, sakit ibu tak berkurang, doctor datang cek, so pity, rupa-rupanya epidural ibu tertanggal. Ibu makin sakit, doctor pulak bagi kami dua choice, nak pasang balik epidural (which is ibu akan rasa lagi sakit) or nak suntik kat lengan, (but risikonya nanti adik akan kuar maybe dalam keadaan tidur and tak menangis)... or else, other option lahirkan adik secara Caesarian. 

kami buat keputusan untuk caesar. and doctor pun pegi tanye senior dia untuk proses selanjutnya... and ibu pulak makin tak tahan sakit. Nurse yang attend kami mintak ibu try push. Maybe bukan sebab ibu sakit belakang, or sakit epidural tercabut, tapi sebab sakit baby nak keluar dari perut ibu.

And the nurse was right. Ibu sakit sebab baby nak keluar. Rupa-rupanya bukaan dah full. Dalam kalut-kalut doctor nak cari senior dia untuk tanya procedure caesar, nurse suruh ibu teran baby. Alhamdulillah, 8.27 adik selamat dilahirkan, secara normal. Then the doctor datang untuk bantu proses selanjutnya.

Seperti jangkaan kami, it's a boy. Abang Ammar officially jadi abang. Lepas dah bersihkan adik,  nurse terus minta ayah azan dan iqamatkan adik, then doctor suruh ayah tunggu kat luar.

Ibu bleeding banyak. Dalam sukatan doctor lebih kurang 1000 ml. So, doctor nak observe ibu dalam bilik bersalin tu dulu. Ayah tunggu kat luar, sampai lapar, lepas dah solat isyak and sujud syukur tanda gembira kelahiran adik, ibu masih lagi dalam labour room. Nurse cakap observe dua jam. So dalam perkiraan ayah maybe dalam pukul 11 or 12 malam dorang akan tolak ibu ke ward biasa. Then ayah turun makan dulu sementara ibu keluar ke ward biasa.

tunggu sampai larut malam, akhirnya pukul 2 pagi barulah mereka panggil ayah, sebab dah nak tolak ibu balik ke ward. itupun lepas dah 3-4 kali ayah tanyakan nurse kat luar tu bila ibu nak siap, and ayah mintak izin untuk jenguk ibu sekejap.

lepas dah turun dari ward barulah ayah balik lebih kurang pukul 2.30 pagi ...

Ayah doakan semua anak-anak ayah nanti akan membersar dengan sihat, jadi zuriat kami yang soleh, sentiasa berbakti pada kami, pada agama, pada negara.. insyaAllah

(ayah amik masa berbelas-belas hari nak karang posting ni, sibuk plus nak cari idea nak karang ayat... later ayah update lagi)

adik: his second day ...
abang ammar's birth story click kat link ni (click)

with love

Ayah

Tuesday, January 27, 2015

Keluarga Yang Diberkati

Bismillah

Maafkan ayah, lama tak update blog ... lama ayah tak update perkembangan Abang Ammar dan adik ... Banyak benda sangat yang berlaku, tak sempat nak update satu persatu ...

Last ayah update pada December tahun lepas ... ada cerita yang ayah tak sempat nak karang ... which is kita satu family balik kampung Kuala Selangor and ziarah atok and nenek kat sana.

Then balik ke Terengganu, and after that ayah bz ngan urusan madrasah yang baru mulakan sesi pembelajaran yang baru untuk tahun 2015. Then, ade cerita sedih when ayah admitted to the ward because of my asthma, alhamdulillah masuk pun just for 3 days, tapi terpaksa ayah masuk icu sebab asthma ayah teruk. Nanti selalu doakan kesihatan ayah dan ibu yer.

17 January 2015: Abang Ammar's first birthday!

Selamat Ulang Tahun yang pertama ayah ucapkan pada anak ayah ni.


Kami buat majlis simple untuk sambut birthday putera sulung kami ni, ibu gagahkan diri nak sambut jugak birthday abang Ammar walaupun badan dah sarat mengandungkan adik. alhamdulillah students ayah ramai yang datang tolong.

gambar kek lupa nak rotate ...
Kami doakan agar abang akan jadi zuriat kami yang soleh, dipanjangkan umur dalam kerahmatan Allah, sentiasa berbakti pada ibu dan ayah serta pada agama .. doa yang tak pernah putus-putus ayah bacakan, untuk semua zuriat ayah.


20 January 2015: Our 3rd Anniversary ...

Tarikh ni just selang 3 hari from Ammar's bday. tarikh akad nikah ayah dan ibu, tak sedar begitu singkat masa berlalu, 3 tahun kami bersama, then kami dikurniakan zuriat yang baik, alhamdulillah, insya Allah, kami sentiasa akan berdoa agar keluarga ini selalu diberkati. amin.

Update untuk adik pulak:

kalau ikutkan perkiraan kami, usia adik dalam kandungan ibu dah masuk 36 weeks, tapi dalam scan kat KK, baru 33 or 34 weeks ... ayah pun tak pasti yang mana betul .. but so far alhamdulillah, last week masa bawak ibu pergi cek up kat KK air jernih, berat adik dah 2.3 kg dalam rahim ibu. overall semuanya ok, cuma ibu masih sakit-sakit badan, sakit belakang, sakit pinggang and sakit pinggul .. ayah sentiasa doakan adik dan ibu sentiasa sihat, nanti bila dah tiba masanya keluar dengan selamat, insya Allah.


Sentiasa menjadi zuriat-zuriat kami yang soleh, amin

Insya Allah next time ayah update lagi

Love

Ayah