Bismillah
Today is your 38th days in your mother's womb. Your size is just 1/4 inch, but I believe you are growing bigger and bigger. Insya Allah lagi dua hari nak masuk hari ke 40, bila dah 40 hari, lengkaplah fasa pertama kejadian janin menurut Islam, sebagaimana Nabi bersabda:
“Rasulullah saw telah menceritakan kepada kami –sedang Baginda adalah
orang benar yang telah dibenarkan kata-katanya- sabdanya: “Bahawa
seseorang kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari ..... (hadis ni panjang lagi, ayah tulis sikit jer dulu .. dah masuk stage seterusnya nanti ayah sambung lagi ..) Hadis riwayat Imam al-Bukhari.
Ayah percaya anak ayah ni sedang membesar dalam perut ibu. Ayah cakap macam tu sebab ibu rasa sakit-sakit kat perut dia. Dah banyak malam ibu tak dapat tidur lena sebab anak ayah ni tengah membesar. Kesian ibu sakit-sakit. Tapi ibu seorang wanita yang tabah. Demi anak dia sanggup tahan sakit-sakit tu. Yang penting anaknya sihat dalam perutnya. Harap-harap lepas ni ibu tak rasa sakit sangat lagi. Anak ayah mesti membesar dengan sihat dan baik-baik tau dalam perut ibu. Jangan nakal-nakal.
Malam tadi sakit ibu menjadi-jadi, kami berdua risau jugak bimbangkan anak kami dalam rahim ibu. Ayah hanya boleh pesan kat ibu, baca selawat banyak-banyak. Dalam masa yang sama ayah sendiri berdoa agar Allah jaga isteri ayah and bakal anak ayah ni baik-baik, tak lupa ayah selawat jugak banyak-banyak mohon semuanya selamat. Amin
Ayah rasa nak stop kat sini, by the way I felt this blog is lil bit boring, maklumlah blog baru, so tak nak bagi boring sangat ayah tempek gambar sikit. Roughly this is you in you mother's womb. (of course it's not really you) .. tapi secara gambarannya ini la gambarnya.





No comments:
Post a Comment