Ayah dan Ibu

Daisypath Anniversary tickers

Muhammad Ammar Rayyan

Lilypie Third Birthday tickers

Muhammad Amsyar Rayyan

Lilypie Second Birthday tickers

Baby

Lilypie Pregnancy tickers

Sunday, August 25, 2013

120 Hari

Bismillah

Alhamdulillah hari ni dah masuk 120 hari anak ayah dalam rahim ibu. Dah genap 4 bulan, bermakna Allah dah perintahkan malaikat-Nya meniupkan roh kedalam diri anak ayah ni.

“Rasulullah saw telah menceritakan kepada kami –sedang Baginda adalah orang benar yang telah dibenarkan kata-katanya- sabdanya: “Bahawa seseorang kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari, kemudian dijadikan segumpal darah seumpamanya, kemudian dijadikan seketul daging seumpamanya, kemudian Allah mengutuskan seorang Malaikat untuk menulis empat kalimah  dan diarahkan agar menulis; amalannya, ajalnya, rezekinya dan untung jahat atau untung baik, kemudian ditiupkan rohnya…”. [Sahih Al-Bukhari No. 3208].

Sempurnalah kejadian anak ayah dalam rahim ibu. Alhamdulillah.

Doa ayah sentiasa panjatkan pada Allah agar anak ayah sihat dalam perut ibu, dapat bersalin dengan selamat nanti dan menjadi zuriat kami yang soleh. Amin

Sejak minggu ke 16 sampai ke hari ni minggu ke 17, ibu asyik batuk-batuk. Dah lebih seminggu, batuk setiap hari. Ubat batuk pon dah habis berbotol-botol. Ayah harap sangat ibu cepat-cepat sembuh dan tak sakit-sakit lagi. Kesian ibu, tak dapat tidur sepanjang malam. 

Nanti ayah update lagi ye .... with love, ayah

Sunday, August 18, 2013

Posting Yang Panjang ...

Bismillah ....

Ayah rangkumkan sekali minggu ke 14-16 anak ayah dalam perut ibu. kekangan masa buatkan ayah tak sempat nak update blog. masing-masing busy ngan persiapan syawal. nak raya lah katakan

On your 14th weeks, ibu got her appointment at Klinik Desa. Alhamdulillah semuanya ok, except for her weight. First appointment dulu berat ibu 71 kg... then on this appointment turun sikit jadi 70.5 kg. Ibu suppose to put on her weight not losing it, as she's carrying you inside her womb. Maybe sebab ibu puasa ... (kan? hehehehe) So, nurse cakap for the next appointment bulan September nanti berat ibu mesti naik. Or else, dorang akan bagi ibu supplement yang ayah pon tak tau ape-ape .... :-D

15th weeks: Hey It's Hari Raya!


ayah and ibu on our first day raya, you are still inside your ibu's tummy. raya next year, insya Allah kita raya bertiga di alam nyata ok dear! :)

Sepanjang minggu ke 14 and 15 tu alhamdulillah ibu sihat, cuma banyak penat, buat kerja untuk persiapan aidilfitri, the rest, ibu banyak rehat jer ...

16th weeks: The beginning of your fourth months inside you ibu's tummy.

Masuk minggu ke 16, alhamdulillah. Setakat ni anak ayah membesar dengan sihat dalam perut ibu. Cuma bila permulaan masuk bulan ke-4 ni, ibu demam-demam, sakit-sakit badan, dan sakit dekat bahagian bawah abdomen ibu. 

Ayah bawak ibu pegi cek, and scan via ultra-sound


Ayah could see your head clearly! ... just too bad, can't see your gender yet... huhuhuhuhu

Dr said everything is normal and ok. Alhamdulillah anak ayah sihat, ayah dapat tengok dengan jelas jantung anak ayah berdegup dalam perut ibu (maknanya semua tu ok). Then baru ibu perasan, every time nak berpindah ke bulan yang baru, ibu akan sakit-sakit, start mula-mula first month dulu sakit-sakit badan, second month kencing kotor, third month ibu admitted dalam hospital sebab ada 'something' yang tak diketahui dalam perut ibu, then benda tu hilang macam tu je ... and now for the fourth month ibu demam and sakit badan and sakit kat bawah abdomen. Ayah harap untuk berpindah ke bulan-bulan yang seterusnya ibu tak sakit-sakit lagi.

Alhamdulillah ibu just demam untuk dua hari jer ... lepas dah makan ubat yang Dr bagi, ibu dah ok. Syukur sangat pada Allah. 

Ok dah panjang sangat kot ayah tulis ni ... next time ayah tulis lagi. Anak ayah duduk baik-baik dalam perut ibu, nanti keluar dari perut ibu jadi zuriat kami yang soleh. 

Till next time, with love.

Ayah

Monday, August 5, 2013

100 Hari ....

Bismillah



Alhamdulillah dah 100 hari anak ayah dalam perut ibu. Dari hari ke hari makin tak sabar ayah nak bersua muka dengan anak ayah ni.

Hari ni ayah bawak ibu pergi cek di klinik desa. Alhamdulillah semuanya ok, nurse cakap semuanya dalam keadaan baik. Kecuali one thing, berat ibu menurun, First time check hari tu berat ibu 71 kg, now turun jadi 70 kg. So kene leter la ibu ngan nurse tu ... sepatutnya berat ibu naik, baru la menunjukkan kandungan ibu membesar dengan sihat :)

So next time ibu kena tambah makan banyak-banyak supaya anak ayah ni membesar dengan sihat dalam perut ibu .

2 hari lagi hari raya, nanti ayah update lagi

Love

Ayah