Bismillah
Alhamdulillah hari ni dah masuk 120 hari anak ayah dalam rahim ibu. Dah genap 4 bulan, bermakna Allah dah perintahkan malaikat-Nya meniupkan roh kedalam diri anak ayah ni.
“Rasulullah saw telah menceritakan kepada kami –sedang Baginda adalah orang benar yang telah dibenarkan kata-katanya- sabdanya: “Bahawa seseorang kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari, kemudian dijadikan segumpal darah seumpamanya, kemudian dijadikan seketul daging seumpamanya, kemudian Allah mengutuskan seorang Malaikat untuk menulis empat kalimah dan diarahkan agar menulis; amalannya, ajalnya, rezekinya dan untung jahat atau untung baik, kemudian ditiupkan rohnya…”. [Sahih Al-Bukhari No. 3208].
Sempurnalah kejadian anak ayah dalam rahim ibu. Alhamdulillah.
Doa ayah sentiasa panjatkan pada Allah agar anak ayah sihat dalam perut ibu, dapat bersalin dengan selamat nanti dan menjadi zuriat kami yang soleh. Amin
Sejak minggu ke 16 sampai ke hari ni minggu ke 17, ibu asyik batuk-batuk. Dah lebih seminggu, batuk setiap hari. Ubat batuk pon dah habis berbotol-botol. Ayah harap sangat ibu cepat-cepat sembuh dan tak sakit-sakit lagi. Kesian ibu, tak dapat tidur sepanjang malam.
Nanti ayah update lagi ye .... with love, ayah

No comments:
Post a Comment