Bismillah
Alhamdulillah, segala pujian ayah panjatkan pada Allah, masa yang ditunggu-tunggu oleh ayah dan ibu akhirnya tiba. It's your delivery day. Hari Jumaat yang mulia, penghulu segala hari, 15 Rabiul Awwal 1435 Hijriah, 17 Januari 2014.
Here's the story:
After dah discharge from ward last Tuesday (14 Jan 2014), ibu just rehat kat rumah. The next day (rabu), ayah bawak ibu pergi cek kat klinik desa. Nurse cakap anak ayah ni macam tak aktif jer, and she advices us to bring ibu back to the hospital as soon as possible. But later, dia cakap tengok sampai malam, kalau tak aktif jugak baru pergi hospital.
The same night, ayah bawak ibu pergi cek skali lagi kat Klinik Intan, cek for detail, doctor said baby is healthy inside, and cek bukaan jalan ibu, it's 3 cm (dah lebih seminggu sama jer 3 cm). Lepas balik from klinik ayah ngan ibu with tok mama and tokki kuar pulak pergi dinner. Late night about 9 pm or 10 macam tu lepas siap mengaji, ibu rasa macam ada air keluar menitik. But ibu not sure it's ketuban or not.
Pagi Khamis ayah bawak ibu pergi hospital sekali lagi. Which is ibu kena tahan dalam ward again. Baru dua hari balik, sempat bermalam satu malam kat rumah, then kene tidur lagi dalam hospital. Doktor dah confirm air yang keluar tu ketuban, maknanya dah leaking since malamnya, (it's one of the sign yang ibu akan deliver you) but ibu tak sakit nak melahirkan lagi, that's the problem.
Belah malamnya about 1.30 am, baru ibu start sakit-sakit. Tapi ibu nak kan kepastian yang itu memang betul-betul sakit nak bersalin. (sebab dah lebih seminggu anak ayah ni tunjuk tanda kat ibu, sakit-sakit sekejap tapi belum masa nak keluar lagi) ... pukul 4 pagi ibu call ayah, suruh naik ke ward sebab ibu dah betul-betul rasa sakit nak bersalin and akan di hantar ke labor room bila-bila masa je. (so lucky ayah dapat sewa bilik hostel dekat hospital tu, so ayah tak kelam kabut nak drive dari rumah ke hospital)
Ayah call tok mama supaya standby sebab ibu dah nak masuk ke labor room. Ibu dalam ward sakit-sakit, ayah terpaksa tunggu kat luar ward sebab makcik guard tak bagi ayah masuk. dari pukul 4 pagi, pukul 6.30 pagi baru nurse tolak ibu keluar dari ward untuk masuk ke labor room. Masa solat subuh hari tu ayah doa banyak-banyak kat Allah supaya mudahkan semuanya.
About 7 am, Friday morning tokki and tok mama sampai kat hospital. Tok mama temankan ayah kat luar labor room, tokki balik rumah nak siapkan apa-apa yang patut nak sambut kelahiran cucu baru.
10 am, ayah tanya nurses kat kaunter luar labor room tu about ibu, she said bukaan ibu baru 4 cm, and she told me ibu akan diberi epidural, after that dorang akan panggil ayah untuk temankan ibu. But, sampai 10.30 ayah tunggu dorang tak panggil lagi. Tok mama suruh ayah tanya lagi, and now the nurse cakap bukaan masih lagi 4 cm, but she asked me to get in. Tok mama still tunggu kat luar.
Masa ayah masuk labor room, ibu tengah mamai, kat tangan ibu ada mask (entonox gas, sebagai pelali untuk ibu tahan rasa sakit contraction) But that time dah ada epidural, so later gynae amik gas tu sebab ibu dah tak perlukannya lagi. In between pukul 6.30 sampai lah ayah masuk dalam labor room tu, ibu menanggung sakit sorang-sorang. Sampai ibu dah tak tertahan, barulah ibu minta epidural. Ayah baca surah Maryam dan surah al-Insaan untuk ibu, niatkan agar segala-galanya mudah.
Ibu still rasa sakit-sakit ... but dah kurang, sebab epidural tu. Lama ayah kat dalam bilik tu,11.30 doctor cek bukaan dah 8 cm, selang sejam cek lagi dah 9 cm .. anak ayah dah betul-betul berada kat laluan untuk keluar, cuma ibu tak rasa sangat sebab kesan epidural tu.
Ayah sentiasa bagi semangat kat ibu. 12.30 bukaan masih lagi 9 cm, gynaes semua tinggalkan ayah berdua dengan ibu sebab dorang attend pesakit lain. About 1.30 ramai-ramai kerumun kat ayah dan ibu, and tolong ibu untuk keluarkan anak kami ni. Hari ni ayah dalam keadaan darurat, terpaksa ayah skip solat jumaat.
1.45 petang bukaan dah full, ayah dah nampak kepala anak ayah ni nak keluar, ayah terus bagi semangat kat ibu untuk meneran, agar anak ayah dapat keluar dengan selamat. Dengan susah payah ibu bertarung nyawa, sampai akhirnya berjaya juga anak kami ni dilahirkan dengan selamat, pukul 2.04 minit petang, hari Jumaat 15 Rabiul Awwal 1435 Hijrah, 17 Januari 2014.
Alhamdulillah.
Ayah bersama ibu sepanjang proses kelahiran, sampai lah luka kesan bersalin ibu dijahit. Ayah azan dan iqamatkan, kemudian dah lebih kurang pukul 3.15, ayah keluar dari labor room, solat zohor dan uruskan pendaftaran anak kami ni ke ward. Doctor cakap anak kami ni kena tahan dulu about 2 days dalam ward sebab ketuban ibu pecah awal, takut ada jangkitan kuman, kalau tak de apa-apa nanti after 2 days dah boleh discharge.
Lepas solat tu ayah sujud syukur. Anugerah Allah pada kami semua dengan harta yang tak ternilai, insya Allah akan kami pelihara amanah besar ini, akan kami didik menjadi insan yang soleh, berguna pada agama, berbakti pada semua.
Ok tepek gambar pulak ... since it's a government's hospital, ayah tak boleh merakam sebarang gambar during the birth process. So no picture of you right after your labor, lagi pun dorang terus tolak anak kami ni naik ward 6CD (so sad)
Ibu, sangat lemah lepas melahirkan anak kami ni. Bertarung nyawa demi melahirkan zuriat kami, nanti ingat setiap jasa ibu, lelah mengandungkan, sakit melahirkan, berbakti pada kami, jadi zuriat yang soleh ye sayang.
Gambar-gambar yang lain tu tak sempat nak buat captions ... tengok-tengok jer lah yer ... Membesar dengan sihat, jadi hafiz Quran, jadi insan soleh, doakan kami dunia dan akhirat.
love
ayah