Bismillah
Alhamdulillah dah masuk minggu ke 37 ... the sad part is, ibu is still in the ward. Dah lebih dari seminggu ibu dalam ward. Perkembangannya sama je, and Dr still tak bagi balik rumah, kena tunggu lagi, sampai anak ayah ni betul-betul bersedia nak keluar. Ada jugak ayah berdoa, moga-moga anak ayah ni lahir 14 Januari nanti, bersamaan 12 Rabiul Awwal, boleh la ambil berkat sempena kelahiran Rasulullah s.a.w. tapi, walau apa pun tarikhnya, yang penting anak ayah dan ibu kedua-duanya selamat.
Last Friday anak ayah dapat cousin lagi, now anak aunty Bal. It's a boy, boleh gang ngan anak ayah nanti hehe. Cepat-cepat kuar tau, lahir ngan selamat and sihat.
This is your cousin, Aunty Bal's son. On his birth day. Masa ni still tak ada nama lagi. Ayah pun tau tau Uncle Azri ngan Aunty Bal nak letak nama apa kat baby boy dorang ni. Comel kan?
Hurmmmm
On Sunday (12 January) hari yang kesembilan ibu kat dalam ward. Pesakit lain dah silih bertukar ganti but ibu masih lagi kat situ. Kesian ibu lama-lama dalam ward tu, tempat yang paling ibu tak suka, banyak nyamuk (walaupun dah masuk 1st class), kena makan ubat (ibu tak suka makan ubat), banyak stress, especially bila tengok jiran sebelah katil mengaduh kesakitan... namun ibu gagahkan juga demi zuriat kami ni. Nanti bila dah selamat lahir, anak kami ni mesti berbakti terutamanya pada ibu yang banyak menanggung susah mengandung dan melahirkan. Ingat setiap jerih ibu mengandungkan anak kami ni ye sayang.
Senyum ibu, walaupun menahan sakit ... walaupun makanan kat hospital ni tak sedap, tapi demi zuriat kami ni, ibu gagahkan segalanya. Ibu memang seorang yang kuat semangat. Ayah bangga beristerikan ibu, penyeri hidup ayah, semangat kekuatan ayah, permata hati ayah. Ayah sayang ibu, ayah sayang keluarga yang terbina ni, moga Allah meredhai kasih sayang kita semua sekeluarga. Amin
Lastly, ayah doakan keselamatan keduanya, anak kami dan ibu. Selamat melahirkan dan dilahirkan, jadi zuriat kami yang soleh. Amin
With love,
Ayah



No comments:
Post a Comment