Bismillah
Sekejap jer masa berlalu, dah sebulan usia putera kami ni. Dalam tempoh 30 hari pertama tu dah macam macam yang berlaku, dengan ayah yang sibuk memanjang, kesihatan ayah yang kurang memuaskan, putera kami yang dimasukkan ke wad, macam-macam lagi lah.
Tapi alhamdulillah semuanya berlalu dengan baik. 20 Februari 2014, kami adakan majlis kenduri aqiqah dan cukur jambul untuk putera kami ni, setelah beberapa kali tertangguh atas beberapa sebab yang tak dapat dielakkan. Namun, alhamdulillah berjaya juga kami sempurnakan majlis ini seadanya.
Mungkin post ni hanya sebagai kredit untuk semua yang terlibat menjayakannya, jutaan terima kasih pada Tokki yang sponsor dua ekor kambing untuk aqiqah, tok mama yang banyak bersusah payah untuk memastikan kejayaan majlis, semua sanak saudara, kalau ayah tulis satu persatu kat sini, sampai petang besok pon belum tentu habis hihihi.
Sebagai kenangan, ayah letak gambar sikit kat posting ni.
buah tangan untuk tetamu ...
Kuliah maghrib sebelum majlis bermula. Tajuk aqiqah sempena majlis aqiqah putera kami
Bacaan rawi berzanji dari orang-orang Masjid Kg Kuala Bekah, dulu masa ibu muda-muda belia remaja, ni lah antara pekerjaan ibu, join group marhaban, pergi buat persembahan di majlis-majlis cukur jambul. Nanti ammar dah besar boleh la berlatih join marhaban jugak :)
Cukur jambul, sebelum gunting sedikit rambut, Ustaz Ibrahim baca doa: Allahumma faqqihhu fiddiin, wa allimhu ta'wiil. Ayah aminkan, moga nanti jadi zuriat kami yang soleh, berguna pada masyarakat, alim ilmu agama, pendamai jiwa ibu dan ayah.
From left to right: Ust Man Vietnam, Ust Azhar Chik, Ust Ibrahim Ali and Uncle Lan
Gambar-gambar kat bawah ni ayah tak sempat nak susun ... ada banyak lagi ayah upload kat facebook. Kalau ada kesempatan nanti ayah pegi cuci kat kedai and letak dalam photo album pulak.
Ammar with ayah teh
Dua permata hati ayah, Ammar dan ibu
lena setelah selesai majlis
Auntie Mulan, her husband Uncle Af is my best friend, her daughter Kak Hannah, and you are sharing the same name with her son, Ammar
Ayah pun nak posing ngan anak ayah ni :)
with Atok
Ammar and Tok Wan Losong, first time Ammar senyum macam ni masa ambik gambar
Ammar and Tokki
Ammar and Tok Da
Ok, ayah stop kat sini dulu. Later ayah update lagi.
Love
Ayah