Ayah rasa macam banyak jer cerita yang ayah nak tulis dalam blog ni. Tapi bila dah mengadap laptop ni tiba-tiba macam semuanya hilang dah. Blur sekejap.
Tapi apa yang ayah nak tulis ni sekadar cerita semata-mata, moga-moga nanti bila anak ayah baca blog ni, boleh anak ayah kenang setiap jerih perih ibu dan ayah dalam membesarkan zuriat permata hati kami ni. Jadi zuriat kami yang bertanggung jawab, soleh, yang akan mendoakan kami di dunia ini mahupun di akhirat nanti.
Apa yang nak ayah tulis ni pun, dah banyak yang ayah tulis sepanjang ibu mengandungkan anak kami ni, sampailah ibu selamat melahirkan. Masa ayah outstation ke Putrajaya (27/1/2014) ayah terpaksa menunggu lama untuk siapkan visa salah seorang pelajar ayah, ayah terfikir tentang lama ayah tunggu saat-saat ibu melahirkan anak kami.
Bermula dari awal ibu mengandungkan, sampailah ibu selamat melahirkan, macam-macam yang kami hadapi. Alhamdulillah, berkat doa dan kesabaran semuanya kami tempuhi. Masa ibu mengandungkan anak kami ni dulu, lain dugaan dan ujian yang kami terima, sekarang selepas anak kami dah selamat lahir, lain pula ujiannya. Namun, walau apapun kami terima semua ini sebagai amanah yang akan dipertanggungjawabkan nanti. insya Allah akan kami penuhi setiap amanah dan tanggungjawab ini dengan baik.
Sepanjang dua minggu pertama ni, kami masih dalam proses menyesuaikan diri dengan kehadiran anak kami ni sebagai ahli baru dalam keluarga, cuba menyesuaikan diri dengan jadual tidur yang tak menentu, cuba memahami setiap rengek tangis yang dibuat, dan macam-macam lagi. Hasilnya? ibu demam-demam, sakit badan, tok mama pun demam, ayah pulak tak cukup rehat sampai semput-semput. Tapi demi permata hati kami ni, semua tu kami lawan, kami ketepikan, demi melihat anak kami membesar dengan sihat.
Ayah tak tahu nak merapek ape lagi ... masa buat intro blog ni macam banyak jer nak cerita, tapi macam yang ayah tulis mula-mula tu lah, bila dah mengadap laptop ni semua jadi blur. Sebenarnya posting ni pun makan masa beberapa hari untuk ayah karang, ayah kumpul tenaga sikit-sikit nak tulis, apa yang ayah ingat ayah tulis, tak pun ayah biar jer ...
Setakat dua minggu usia anak kami ni, ni perkembangan yang ayah boleh cerita:

- waktu tidur tak menentu, tapi beransur-ansur tidur lama di belah malam, alhamdulillah
- tali pusat dah tertanggal pada hari ke-sepuluh
- time ayah or ibu baringkan, pandai nak angkat kepala sendiri dah, padahal lambat lagi nak boleh angkat kepala (konon-konon macam nak bangun sendiri)
- kalo minum botol, if tak bedung tangan tu nak pegang sendiri botol, padahal tak kuat pun nak genggam ape-ape.
- sangat tak sabar, kalau ayah or ibu lambat siapkan susu, lambat salin lampin, menangis kuat-kuat. Demand betul.
- bila dengar ayah mengaji sambil dodoikan, mudah nak tidur, tapi bila ayah letak atas katil senang jaga balik. Lepas tu ayah kena angkat untuk dodoikan lagi
Insya Allah ayah akan update lagi lepas ni ... doakan kesihatan semua, ayah, ibu, tok mama... yang penting anak kami ni membesar dengan sihat, dan jadi anak yang soleh.

No comments:
Post a Comment