Ayah dan Ibu

Daisypath Anniversary tickers

Muhammad Ammar Rayyan

Lilypie Third Birthday tickers

Muhammad Amsyar Rayyan

Lilypie Second Birthday tickers

Baby

Lilypie Pregnancy tickers

Monday, July 29, 2013

Ibu's First Check Up at KK

Bismillah

Alhamdulillah, ibu was past her first trimester having you in her womb. Syukur sangat, even though banyak sangat perkara yang ibu alami sepanjang 3 bulan pertama tu, tapi semuanya berjaya ibu lalui dan tempuhi. Alhamdulillah. Ayah hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk keselamatan ibu dan anak ayah.



28/7/2013 - was ibu's first appointment at Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KK). Ayah rasa ayah excited sangat kot nak bawak ibu datang check. Awal-awal pagi lagi ayah dah bawak ibu datang, sampai lebih kurang pukul 7.15, terus daftar. and dapat no 3, memang kena datang awal-awal pagi, kalau tak orang tersangatlah ramai, lagipun service government hospital ni memang lah tersangatlah slow macam siput. Semua orang tahu tu.

Ada satu cerita yang agak lucu, tapi kesian jugak kat ibu, the night before the appointment's date, ibu tak dapat tidur. Terkebil-kebil mata ibu sepanjang malam sampai la waktu sahur, waktu subuh pun ibu masih tak tidur. Sebabnya ibu asyik fikir keesokan harinya appointment nak kena ambil darah. Ibu takut kena cucuk sampai tak dapat tidur. hehehehe ... kesian ibu kan?

Itu lah salah ibu jugak duk dengar sangat cerita orang, ambil darah sampai 2-3 botol, cucuk sampai 2-3 kali.... padahal dah cek cucuknya sekali je, ambil darah tak sampai setengah botol pun hehehe ...

ni waktu ibu tengah berdebar-debar nak kena ambil darah, muka senyum tapi cover takut hehe

Alhamdulillah semuanya selamat dah. Doktor cakap semuanya ok, blood pressure, glucose, weight semuanya ok. Yang paling penting ibu dan anak ayah sihat. Alhamdulillah. Now dah masuk trimester ke-2 x sabar nak tunggu cek lagi yang akan datang hehehe ... ibu jangan takut yer :)

till next time, love you

Thursday, July 25, 2013

6 Jam

Bismillah

This is just a short post. just to inform that ibu just admitted just for 6 hours. Alhamdulillah. Doktor masih tak tahu apa sakit ibu. Lepas overall check up, Dr decide to let her balik rumah. lega sangat sebab ibu tak perlu bermalam di hospital. Next 2 weeks ade appointment untuk tengok result penyakit tu. Ayah harap ibu tak apa-apa, and sakit ibu tu sembuh. Amin

Wednesday, July 24, 2013

12 Weeks, and Ibu Is Admitted

Bismillah ....

It's your 12th weeks in your mother's womb. 88 days to be exact. But today Ibu was admitted to the hospital.

Hari tu masa 16/7/2013, ayah bawak ibu pegi cek kat klinik pasal ibu mengadu sakit2 dalam perut. Asalnya Dr suspect usus ibu yang bengkak. But actually bahagian yang bengkak tu kat tempat lain. And hari ni atas nasihat Dr yang lain pulak, ayah bawak ibu terus ke hospital and cek lagi. 

So far Ibu kena tahan dalam ward dulu. Sebab tak tahu apa yang bengkak dalam perut ibu. Tapi masa ultra-sound tadi, alhamdulillah Dr cakap anak ayah sihat dalam perut ibu. Cuma maybe ibu kna bermalam sehari dua untuk dapatkan kepastian apa sakit ibu yang sebenarnya. And alhamdulillah jugak masa buat ujian pap-smear ibu bebas from cancer. Alhamdulillah



Kesian ibu, tak sampai hati nak tinggalkan ibu sorang-sorang dalam ward. Tapi ward perempuan, ayah tak leh jaga ibu sepanjang masa ... TT

Ayah doakan ibu tabah dan kuat. Tak putus-putus ayah selawat agar kedua-dua insan kesayangan ayah ni selamat dan sihat sejahtera. Anak ayah pun mesti doakan ibu agar cepat sembuh ye .. :)

Till next time, ayah akan update lagi tentang perkembangan ibu and pembesaran anak ayah dalam perut ibu. Insya Allah.

Love, ayah

Tuesday, July 16, 2013

80 Days

Bismillah

"Rasulullah saw telah menceritakan kepada kami –sedang Baginda adalah orang benar yang telah dibenarkan kata-katanya- sabdanya: “Bahawa seseorang kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari, kemudian dijadikan segumpal darah seumpamanya...."

Alhamdulillah dah lengkap 80 hari kejadian anak ayah dalam rahim ibu, kat atas tu sambungan hadis tentang pembentukan janin sebagaimana yang dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w. (klik untuk entry sebelum ni and kat sini juga)

today, 16/7/2013 ayah bawak ibu pegi klinik lagi untuk cek. Ibu mengadu kat ayah dia sakit-sakit kat bahagian dalam perut. Kami risau sangat kalau terjadi apa-apa kat anak kami ni. Ayah cepat-cepat bawak ibu pergi klinik. Lepas dah ultra-sound sume, alhamdulillah Dr cakap baby dalam perut ibu selamat, dah nampak bentuk kepala, kaki, tangan etc. Cume Dr diagnose usus ibu bengkak, ada kemungkinan nak jadi hemorrhoid , so Dr bagi ibu ubat tahan sakit and ubat untuk kecutkan semula bengkak di bahagian usus ibu tu. 

Kesian ibu.

Ayah sentiasa doakan both anak ayah and ibu sentiasa selamat dalam lindungan Allah. Ayah bersyukur semuanya selamat. Cume keadaan ibu masih tak ok. masih sakit-sakit. Kalau melarat nanti ayah akan bawak ibu pergi hospital. Ayah harap keadaan ibu akan bertambah ok. amin

Anak ayah membesar baik-baik dalam perut ibu ye. Sampai tiba saat kelahiran nanti. Tak sabar ayah nak tengok anak ayah ni. Jadi zuriat kami yang soleh. insya Allah, amin.

Till next time. Love you.

Monday, July 15, 2013

11th Weeks .... and Ibu's Progress So Far

Bismillah

This is my first time posting from Blogger mobile for android. It's your 11th weeks inside your mother's tummy. Alhamdulillah.

Everything's going well. So far ibu is ok, slightly fever by night, but she'll be ok by day. Hari ni dah hari ke 6 puasa, but ibu just manage to fast for 1 day. The rest ibu x larat.

Hari ni ibu try untuk puasa lagi. Tapi masuk tengahari ibu dah pening-pening and rasa loya, so ayah suruh ibu berbuka. Ayah buatkan ibu air barley. (Just re-heat je pun hehehe) and ask her to take her medicine. For the first time ayah masak nasik untuk ibu. With the help from Tok Ma (your grandmother of course). Bangga tau first time masak nasik sendiri hahaha

By next week you'll enter your 12th weeks, and will end your first trimester. Ayah harap anak ayah akan sentiasa sihat dalam perut ibu.

roughly, this is how you look inside ibu's tummy. Membesar dengan sihat tau. Jadi zuriat ayah dan ibu yang soleh. Amin

Wednesday, July 10, 2013

10th Weeks and Ramadan

Bismillah

Minggu ni dah masuk minggu ke-10 anak ayah dalam perut ibu... Alhamdulillah. Semuanya ok, cume ibu cepat penat, sakit2 badan, sakit pinggang, sakit belakang. Pendarahan minggu lepas dah hilang, Syukur ya Allah.

10/7/2013 - First day ummat Islam berpuasa, ibu cuba nak puasa, tapi lepas sahur, ibu muntah-muntah. habis semua makanan sahur yang ibu makan keluar semula. Kesian ibu. So ayah cakap kat ibu hari ni tak yah puasa lagi, lagipun anak ayah dalam perut ibu ni perlukan khasiat yang cukup untuk membesar dalam perut ibu.


Hari ni jugak ayah bawak ibu gi daftar Buku Pink. It's your appointment book actually. Rasa teruja plak ayah bawak ibu pegi klinik, Selama ni bawak pegi private clinic, so this time nak tak nak kena register jugak dekat government's clinic as their checkup are more details.

Alhamdulillah semuanya normal untuk ibu. Blood pressure ok, glucose ok, berat badan ibu pon ok. So next appointment 27/7/2013, ayah kena bawak ibu gi clinic lagi ... nanti ayah update lagi ... salam sayang dari ayah. 

Friday, July 5, 2013

9 Weeks And A New Car

Bismillah

Sepanjang minggu ke-9 ni suasana agak kritikal, namun alhamdulillah kami berjaya mengharunginya. Since Friday 28th June, ibu mengalami pendarahan ringan, sampai 3 hari ... alhamdulillah pergi check kat Dr. semuanya ok, anak ayah dalam kandungan ibu pun sihat. Thanks Allah.

On Wednesday plak, ibu demam, sakit belakang, sakit pinggang sampai tak boleh nak bangun. And bila check Dr. cakap ibu kena jangkitan kencing kotor. Here for the first time ever ayah lihat sendiri Dr scan perut ibu and ayah nampak anak ayah yang comel ni dalam perut ibu. Excited nya Allah sahaja yang tahu. Dr. cakap anak ayah sihat, cuma ibu kena banyakkan rehat.

Ayah harap nanti dah masuk minggu ke-10 and habis trimester pertama pada minggu ke-12 ibu semakin kuat dan sihat, ayah nak anak ayah pun sihat-sihat jer dalam perut ibu. Amin.

eh,! did I mention about new car? 

hehehe ... alhamdulillah sangat because ayah dapat kereta baru, it's just a proton flx, but it's much more better than my old second-hand car I bought few years back. All thanks to your Tokki (my dad of course) hehehe :)

lebih kurang macam ni la kereta ayah, walaupun version yang berbeza, hehe .. but it's nice isn't? till next time, ayah akan update lagi. salam kasih sayang dari ayah