"Rasulullah saw telah menceritakan kepada kami –sedang Baginda adalah orang benar yang telah dibenarkan kata-katanya- sabdanya: “Bahawa seseorang kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari, kemudian dijadikan segumpal darah seumpamanya...."
Alhamdulillah dah lengkap 80 hari kejadian anak ayah dalam rahim ibu, kat atas tu sambungan hadis tentang pembentukan janin sebagaimana yang dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w. (klik untuk entry sebelum ni and kat sini juga)
today, 16/7/2013 ayah bawak ibu pegi klinik lagi untuk cek. Ibu mengadu kat ayah dia sakit-sakit kat bahagian dalam perut. Kami risau sangat kalau terjadi apa-apa kat anak kami ni. Ayah cepat-cepat bawak ibu pergi klinik. Lepas dah ultra-sound sume, alhamdulillah Dr cakap baby dalam perut ibu selamat, dah nampak bentuk kepala, kaki, tangan etc. Cume Dr diagnose usus ibu bengkak, ada kemungkinan nak jadi hemorrhoid , so Dr bagi ibu ubat tahan sakit and ubat untuk kecutkan semula bengkak di bahagian usus ibu tu.
Kesian ibu.
Ayah sentiasa doakan both anak ayah and ibu sentiasa selamat dalam lindungan Allah. Ayah bersyukur semuanya selamat. Cume keadaan ibu masih tak ok. masih sakit-sakit. Kalau melarat nanti ayah akan bawak ibu pergi hospital. Ayah harap keadaan ibu akan bertambah ok. amin
Anak ayah membesar baik-baik dalam perut ibu ye. Sampai tiba saat kelahiran nanti. Tak sabar ayah nak tengok anak ayah ni. Jadi zuriat kami yang soleh. insya Allah, amin.
Till next time. Love you.

No comments:
Post a Comment